ISLAND CRUISES
Selanjutnya,akitiviti “ ISLAND CRUISES” . Kapal ini tidaklah berada di Batu Feringgi tetapi berada di sebelah Batu Feringgi. Jadi, boleh dikatakan juga aktiviti ini sebagai aktiviti yang terdapat di Batu Feringgi. Pelancong akan menaiki kapal ini untuk meneroka kawasan Teluk dan melihat tempat menarik disekitar Pulau dan juga untuk mengurangkan stress mereka. Keadaan ini menyebabkan pelancong lain akan mengetahui tentang keindahan Pulau yang semula jadi ini melalui aktiviti “ISLAND CRUISES” dengan lebih terperinci.
Harga menyewa ini bukanlah harga yang tinggi malahan rendah sahaja.Pada waktu perayaan pula, kapal-kapal cruises akan menawarkan harga tiket kapal dengan murah. Bilangan pelancong yang menaiki kapal ini ialah bilangan yang besar dan kebanyakannya bangsa Cina. Di kapal ini, terdapat pelbagai jenis permainan seperti " CASSINO" dan sebagainya.


Sebab inilah pelancong lebih gemar melancong di Batu Feringgi kerana terdapat banyak tempat pelancongan dengan harga yang murah sahaja. Jadi, sesiapa yang tidak tahu ataupun tidak pernah menaiki kapal ini naiklah supaya mendapat satu pengalaman yang menarik.
WAH!! TERNYATA MENARIK JUGA PERGI MELANCONG DI BATU FERINGGI..JADI, APA YANG TUNGGU LAGI??? MARILAH KITA BERSAMA-SAMA PERGI MELANCONG DI BATU FERINGGI....


No comments:
Post a Comment